Friday, July 24, 2009

Bakul Mawar Bergula




Bahan - bahan :
Kuntuman mawar plastik berdaun secukupnya
Bunga renik plastik
Net bereben dan berdawai
Dawai berlilit reben kecil
Manik jurai dan dawai halus



Langkah demi langkah :





1. Ikat kuntuman mawar berdaun dengan bunga renik.
2. Selitkan pula buah renik p;astik. Ikat net bereben dan berdawai pada tangkai
jambak bunga.
3. Lengkungkan dawai berlilit reben kecil.
4. Ikat dawai melengkung tadi pada bahagian bawah jambak bunga.
5. Ikat satu lagi dawai berlilit reben pada bahagian bawah jambak bunga ( untuk
tapak bakul bunga. )
6. Kemudian lengkokkan dawai agar menjadi lingkungan.
7. Ikat beberapa reben kecil dan manik jurai dengan dawai halus.
8. Akhir sekali ikat gula - gula pada tangkai.
9. Susun di dalam dulang hantaran.

Bakul Gula2 Menarik




Bahan-bahan:



Kertas tebal (sebanyak empat keping)
Bunga reben
Bunga renda
Kain corak

Cara-cara:

1. Untuk rangka kotak, cantumkan satu persatu potongan kertas dan bentukkan menjadi
kotak.
2. Lilit keliling tangkai dengan pelilit.
3. Balut kotak dengan kain pembalut.
4. Cantumkan pula bunga renda di sekeliling permukaan atas kotak.
5. Akhir sekali hiaskan bunga reben di sekeliling kotak.

Secawan Rindu





Bahan - bahan :

Polisterina bulat
Polisterina Bentuk Cawan
Polistirina Bentuk Tangkai Cawan
Kertas Krep
Bunga Hiasan
Gula - Gula
Pelekat Dua Cara
Peniti
Renda Organza




Cara-cara:



1. Balut ketiga- tiga polisterina tadi dengan kertas krep.
2. Lekatkan renda organza pada sekeliling politerina.
3. Kemudian pinkan gula -gula di keliling polisterina.
4. Lekatkan pelekat dua cara keliling cawan.Setelah itu lekatkan pula renda kecil
keliling bahagian atas cawan.
5. Lekatkan gula - gula hingga penuh pada cawan.
6. Pinkan renda kecil keliling cawan .Buatkan dua tingkat
7. Lekatkan renda kecil keliling tangkai cawan dan lekatkan pada cawan . Hiaskan
dengan bunga.

Jambangan Coklat



Bahan-bahan:
Pembungkus plastik berwarna merah
Coklat
Pelilit hijau
Benang
Kelopak
Gabus
Buluh
Bunga hiasan

Cara - cara :

1. Balut coklat dengan pembungkus plastik . Ikat dengan benang .
2. Ambil tiga biji coklat dan ikat dengan menggunakan dawai .
3. Lilitkan setiap jambagan coklat pada sebatang buluh ,hiaskan dengan
daun . Lilit menggunakan pelilit . Buat hingga habis .
4. Masukkan bagus ke dalam pasu dan cucukkan satu persatu
jambangan coklat tadi . Hiskan dengan daun dan bunga hiasan .

Kraftangan & Gubahan

Silalah lawati laman ini selalu kerana saya akan update kraftangan & gubahan yang terkini.